Assalamualaikum w.b.t
Okey baiklah. Mari terus ke agenda. Agenda yang ingin dikongsi di sini. Sebuah perkongsian yang kebanyakan orang dah tahu tetapi sering lupa. Yang sering buat-buat alpa pun tak kurang jugak. Itulah namanya manusia.
Kejadian berlaku di hari raya ke-7 kalau tak silap aku. Ye tak silap, hari raya ke-7. Sebuah kemalangan berlaku di susur keluar tol Alor Setar Utara. Kemalangan motosikal yang melibatkan pasangan tidak halal bersama sebuah kereta.
Pasangan tidak halal? Okey aku takmau serkap jarang walaupun sah-sah nampak yang mereka bukan suami isteri. Budak belasan tahun. Tapi dek kerana tidak mahu serkap jarang, assumelah mereka suami isteri. Si wanita memang cedera parah. Difahamkan patah tengkuk dan pinggang. Si lelaki kelihatan cuak sekali dan tak mampu buat apa-apa. Nak buat apa lagi kan?
Ambulans datang dan berlalu pergi. Tinggal sang lelaki dengan raut wajah seribu penyesalan barangkali. Timbul tanda tanya dalam diri. Macam manalah bakal lelaki ni nak jawab dengan ayah perempuan yang garang (tambahan) tu. Tak kena penyepak, paling tidak sebilah penampar bakal hinggap di pipi. Patutlah muka cuak tu.
Sekarang mari kita sama-sama melihat dunia hari ini yang kononnya menjadi sebuah trend. Naik moto bersama pasangan tidak halal. Macam perkara biasa walhal sesuatu yang luar biasa. Sebab? Sebab ramai orang buat dan tak nampak pun akan kesalahan dia. MasyaAllah.
Adik-adik, abang, kak chik, kak long semua HENTIKANLAH segera yang dok suka naik moto bersama pasangan tak halal anda tu. Sumpah langsung tak elok. Serius sangat tak bagus. Yakinlah itu hanya sebuah keburukan. Percayalah tiada manfaat yang dapat melainkan kerugian.
"Ala, kalau nak eksiden, sorang-sorang pun boleh jadi beb. Semua tu kuasa Allah."
Ada orang telah memberi kenyataan ini. Aku dah agak dah akan ada orang bakal keluarkan statement ni. Tak payah dok habaq la cek oi. Semua orang tau. Ye ajal maut semua di tangan Allah jua. Kekadang tu kita dah habis berhati-hati dah. Ada orang lain menghentam kita. Ada jugak yang macam tu.
Sebab tu lah adanya istilah : "Mencegah Lebih Baik Dari Merawat"
Sebab-sebab inilah.
"Ala, saya tumpangkan makwe saya sebab beliau takdak kenderaan nak pergi kelas."Satu lagi, ala tak pe la, saja nak bawa kuaq makan, bukan buat apa-apa pun".
Pun aku dah agak dah statement ini bakal dilemparkan. Bagilah pelbagai alasan yang berbagai-bagai, jawapan telah terhidang pun. Cuma kamu tidak mengunyah lagi intipati matlamat tu. Fahamkan?
Tak faham? Beginilah, senaraikan 10 sebab kenapa suka sangat naik moto dengan pasangan tidak halal anda tu. Tak payah 5 sebab sudah cukup. Tapi pastikan sebab-sebab anda tu merangkumi semua aspek yang dilandaskan syariat.
Aku tidak mengutuk sesiapa. Tidak melabelkan sesiapa. Ini hanya pandangan dan pemerhatianku terhadap dunia metafora yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita yang tak pernah padam. Masyarakat langsung tidak memandang akan ini sebuah perkara yang perlu dititik-beratkan sebab ianya sudah terbiasa.
Tipulah kalau naik moto bersama tidak berlaku acara sentuhan.Kalau sentuh pun tak naikkan nafsu pasangan..BOHONG..DUSTA SEMATA-MATA.. Bermula dengan pegang tangan. Bersentuhan ringan-ringan sehingga sampai satu tahap yang besar. Lepas tu keluar berita kes pembuangan anak. Masing-masing salah kan masing-masing dan akhirnya tunding jari kepada diri sendiri.
Dan ini adalah sebuah pengakuan dari seseorang. Kisah benar:
"Pernah berlaku satu kejadian satu masa dulu, pasangan tak halal ini membonceng bersama-sama dan nak dijadikan cerita kemalangan. Pasangan wanita mati di tempat kejadian dan pasangan lelaki di pukul sampai mati oleh famili pasangan dia. Nauzubillah..."
Sebuah kisah benar yang cukup beri pedoman. Bukan berkutbah atau bersyarah, ingin betulkan diri juga. Sekiranya ada salah, sila betulkan. Sama-samalah kita mencari keredhaanNya. Buat apalah kita buat sesuatu yang tidak manfaat yang memungkin ada natijah di sebaliknya. Rugi bukan.
Fikir-fikirkanlah hakikat ini.
iNGATlah kawan-kawanku...mati tidak kira masa...lau mati dalam keadaan macam tu, macam mana lau nak bersemuka dengan Allah..Amat memalukan...mati dalam keadaan maksiat..biarla orang sekeliling nampak kita kuno dari segi pergaulan janji batas2 pergaulan kena jaga..Ibu bapa doakan kita belajar rajin-rajin untuk tuntut ilmu tapi ilmu kita hanya keseronokan dengan pasangan tak halal..lau nak sangat berpasangan, nikah la cepat2..tak banyak dosa..Islam itu mudah..Percayalah kawan-kawan, nikmat keseronokan hari ini dengan orang yang tidak patut akan merugikan kita kelak. Bila sudah berumahtangga akan hilang kemanisan dalam perkahwinan tu..
Masyarakat negara Islam lain berperang untuk menegakkan Islam tetapi kita langsung tidak peduli dengan kesengsaraan umat. Kita boleh lagi bersuka ria macam dunia ni tak akan qiamat.. Ingatlah kawan-kawan, mati ada di mana-mana tanpa mengira masa dan waktu.. Jauhilah perkara-perkara yang ditegah oleh agama kita. Berpeganglah pada agama kita. Malulah kepada Allah.....Bertaubatlah....Biarkan yang lepas dijadikan pengajaran dan sempadan. Mulakan dengan langkah baru...
Wallahu'alam
Wassalam.
Aku copy dari FB membe aku..Siapa Penulis Asal Pon xtaw..Moga Menjadi Renungan & Pengajaran Kita Bersama..Ya ALLAH berikan petunjuk & jauhkanlah aku dari lelaki2 durjana itu..Hanya kepadamu aku memohon Ya Rabbi..Amin -_-
Bib makan kanak2
6 years ago




