------------------------------
Pada suatu ketika berbelas tahun yg lalu kira-kira sekitar tahun 1996. Saat usia menjangkau 9 Tahun lingkungan usia kanak-kanak yg seronok untuk bermain bersama teman-teman. Di saat usia menginjak untuk matang tetapi hakikatnya bisa memahami situasi yang berlaku tetapi masih tidak matang untuk berfikir baik buruk & memikirkan jalan penyelesaian.
Ibu dikhabarkan punya ketumbuhan. Dengan bantuan keluarga & saudara mara. Pelbagai cara dilakukan. Pelbagai cara diikhtiarkan. Berubat secara moden & tradisional. Seluruh pelusuk Negeri dijelajahi untuk mencari penawar. Beberapa tahun Si ibu & Si ayah berulang alik ke hospital untuk berubat tanpa mengenal jemu. Hospital ibarat rumah kedua buat ibu. Saat itu si anak hanya mengetahui ibunya sakit dan perlu mendapatkan rawatan susulan untuk sembuh. Operate, kemoterapi, cucuk sana, cucuk sini, telan itu, telan ini... Semuanya telah Si ibu lalui..
Tahun berlalu & usia si anak menginjak ke angka 11 Tahun. Kematian? Tidak pernah terfikir oleh si anak. Sepanjang usia anak itu tidak ada berlaku kematian dalam keluarga terdekat. Si anak hanya mengetahui apabila si ibu sering memperkatakan soal kematian. Si ibu sering berbicara soal mereka yg telah pergi muncul di dalam mimpi seolah menjemput untuk kembali ke alam sana. Si ibu ada berbicara soal Si gagak hitam muncul mengelilingi rumah. Si ibu sudah berkemas & mengemas rumah dengan rapi seolah-olah mengetahui bila masanya akan pergi.
Setiap kali tidur malam bersebelahan si ibu yg pasti si anak akan merasa hembusan nafas si ibu menggunakan jari. Si anak akan memeluk si ibu dan merasa masihkah ada turun naik nafas yang dihembus. Si anak mula merasa ketakutan melihat keadaan si ibu yang semakin lemah & tidak bermaya. Dihari-hari terakhir si anak dapat & sempat menemani. Sempat merasa untuk menguruskan mandi dan pakai si ibu yg sudah tidak berdaya untuk menguruskan diri.
Namun disaat si ibu menghadapi sakaratul maut & menghembuskan nafas terakhir si anak tidak sempat untuk berada disisi. Hanya si kakak yg sulong yg ada bersama menemani di saat nafasnya terhenti & sempat mengajarkan si ibu megucapkan kalimah
أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ
Waktu selepas asar bertarikh 15.9.1998, maka ketika itu hilanglah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bermulalah episod baru dalam kehidupan si anak. Tinggal la si anak membesar tanpa kasih sayang ibu yg melahirkannya. Di saat anak2 lain yg seusia gembira dan bahagia membesar dengan penuh kasih sayang seorang yg bergelar ibu, si anak tadi hanya mampu melihat kebahagiaan yg dimiliki. Hanya mampu menangisi pemergian si ibu. Si anak mula belajar hidup berdikari & belajar membuat keputusan sendiri. Maka duduk & tinggal la si anak bersama si ayah serta menumpang kasih insan lain yg baik hati & telah banyak berbudi. Tidak lama selang beberapa tahun kemudian si ayah jua pergi dijemput & mengadap Ilahi.
Al-Fatihah.
Ya Allah ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku,
Peliharalah mereka seperti mana Engkau memelihara mereka di dunia,
Engkau berikanlah cahaya & luaskanlah kubur mereka,
Engkau angkatlah roh mereka ke langit & janganlah Engkau gantungkan roh mereka,
Engkau jauhkanlah mereka daripada azab siksaan kubur & azab siksaan api neraka,
Engkau berikanlah ketenangan ke atas roh mereka,
Jadikanlah kubur mereka seperti taman-taman Syurga &
Engkau tempatkanlah mereka dikalangan org yg beriman, dikalangan hambaMu yg Soleh & Solehah serta tempatkan mereka dikalangan ahli SyurgaMu.
Semoga aku bisa bertemu mereka di akhirat kelak. Amin.





